Tuesday, September 8, 2009
Wednesday, August 5, 2009
Thursday, July 30, 2009
Kesilapan Ibubapa Dalam Mendidik Anak2
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t kepada kita hamba-hambaNya. Firman ALLAH s.w.t :-
Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :-
Ini mungkin di sebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.
1. Kesilapan Pertama : Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan atau diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Kesilapan Kedua : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) kepada Targhib (didikan atau motivasi)
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.
3. Kesilapan Ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak.
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Kesilapan Keempat : Menegur anak secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama ketika marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5. Kesilapan Kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.
6. Kesilapan Keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :-
7. Kesilapan Ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas.
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara pemakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.
8. Kesilapan Kelapan : Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan pelekeh.
9. Kesilapan Kesembilan : Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Kesilapan Kesepuluh : Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
11. Kesilapan Kesebelas : Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang berjemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Kesilapan Keduabelas : Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.
13. Kesilapan Ketigabelas : Membenarkan orang yang tidak elok syahsiahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.
14. Kesilapan Keempatbelas : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samda dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Kesilapan Kelimabelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
Wednesday, July 29, 2009
RAHSIA PERIBADI LELAKI MELALUI RAMBUT
RAMBUT LURUS-
bijak,seorang yang happy,bergaya, cemburu dan berpotensi dalam bidang kesenian
RAMBUT KERINTING TEBAL-
kurang bijak,degil, cemburu kuat,romantik, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri.Tidak suka termenung
RAMBUT KERINTING NEGRO-
bijak,ego,cemburu buta,romantik dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah
RAMBUT IKAL MAYANG-
bijak,berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka,banyak pergaulan dan mudah memaafkan seseorang dengan kesilapan lalu
RAMBUT HALUS/LEMBUT-
bijak sangat,memilih, pemaaf,manja, tegas dan cepat melakukan pekerjaan dengan bersungguh-sungguh
RAMBUT SIKIT-
bijak,sentiasa berfikiran negatif pada seseorang,ego dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil
RABUT PERANG-
kurang bijak,berfikiran terbuka,pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah
RAMBUT TEBAL-
bijak,degil, cemburu,romantik ,kasar,banyak kawan dan pandai mengambil hati seseorang
RAMBUT KUSUT-
sangat bijak,berfikiran terbuka,banyak pergaulan,garang, susah nak memaafkan seseorang dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan
RAMBUT BERUBAN-
kurang bijak,suka termenung,sosial sikit,berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah sendiri
SO.....lelaki2 kt sini rambut pesyen per yer....?
*saya nampak de 2,3 lelaki yg sedang baca artikel ni sesambil belek2 rambut memasing.... ..hehehhe
Sunday, July 26, 2009
Oh Pulau Tali Kail..........
Monday, July 13, 2009
Anak Abah
Hari ini usia anak aku sudah mencecah 3 bulan 4 hari,aku membawa putera dan isteri ke negeri jelapang padi.terasa nyaman dan segar berada disini.gamba nie aku ambik masa dia tido kepenatan berjalan serata bandar Sungai Petani.aku juga kepenatan nie dan aku rasa aku akan sambung pada sok ari jer arrr..ZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Wednesday, July 1, 2009
Monday, June 22, 2009
Sesi tambah ilmu
Wednesday, June 10, 2009
Thursday, May 28, 2009
Alat Penjelajah Marikh China akan Dilancarkan pada Pertengahan Tahun Ke 2
Dalam Pameran Penerbangan Shanghai ke-3 hari ini, wartawan diberitahu bahawa "Mars-1" seberat 115 kilogram akan beroperasi selama 2 tahun di planet tersebut. Alat penjelajah itu akan mengelilingi bumi Marikh mengikuti orbit elips.
China akan bekerjasama dengan Rusia untuk mengadakan penyelidikan di Marikh. Alat penjelajah China dan alat penjelajah Rusia akan dilancarkan bersama-sama.
Friday, May 22, 2009
Menara Condong Teluk Intan
INDUSTRIAL SKILLS ENHANCEMENT PROGRAM (INSEP)
ANNOUNCEMENT!
INDUSTRIAL SKILLS ENHANCEMENT PROGRAM (INSEP)
PESDC in collaboration with the Ministry of Finance (MOF) will be conducting the INDUSTRIAL SKILLS ENHANCEMENT PROGRAM (INSEP) for graduates at its Center in Pusing, Perak in June 2009. Graduates (diploma/degree) with an engineering background are welcomed to apply.
Courses offered are:
CNC TECHNOLOGY - 3 MONTHS
MOULD MAKING TECHNOLOGY - 6 MONTHS
PLASTIC PRODUCT & MOULD DESIGN - 6 MONTHS
ROBOTIC & AUTOMATION - 4 MONTHS
WELDING INSPECTION - 4 MONTHS
SMALL ENTREPRENEUR IN REFRIGERATION - 5 MONTHS
SISTEM PENGURUSAN QUALITI AUTOMOTIF - 5 MONTHS
SMALL ENTREPRENEUR MACHINE SHOP BUSINESS - 5 MONTHS
Benefits of joining the program:
1. FREE!
2. Potential employment with company.
3. Ready-to-work graduates.
4. Industrial related and relevant training.
5. Industrial recognized competencies.
6. Relevant working experience through on-the-job (OJT)
training attachment.
7. Monthly allowance of RM1,000.00 throughout the training period
Entry Requirements:
Graduates with an Engineering background.
Must be committed to complete the program.
For application form, click here: www.pesdc.edu.my/INSEP FORM
For more information, please contact:
Perak Entrepreneur & Skills Development Center
PESDC Training Complex, Jalan Johan 2/2, Kawasan Perindustrian Pengkalan 2,31550 Pusing, Perak Darul Ridzuan.
Tel : 05-3668869
Wednesday, May 20, 2009
Mee Rebus + ABC
Teluk Intan
Semalam aku ditugaskan dekat Sekolah Teknik Teluk Intan untuk pendaftaran terbuka.aku ditempatkan di dewan makan asrama.fuhhh duduk dalam dewan bau masakan kat dewan makan tu teringat kembali aku masa zaman sekolah do
sadis tui huhuhuhuhu.sempat gak shot 5,6 keping bebudak makan.
setelah selesai jer tugas aku ngan partner aku shahrir(sapa lagi kalu bukan dia) gi menara condong tuk sukasuka.
Tuesday, May 19, 2009
HARI YANG GEMBIRA
adalah hari yang dinanti2kan oleh warga PESDC iaitu terima BONUS.
HOREYYYYYYYYYYYYY
TAWARAN HEBAT
PERAK ENTREPRENEUR AND SKILLS DEVELOPMENT CENTRE
PERCUMA !!!
KURSUS : SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA - SKM
INDUSTRIAL SKILLS ENHANCEMENT PROGRAM- INSEP
BIDANG DITAWARKAN:-
SKM (elaun bulanan rm500)
- AUTOMOTIF
- MEKATRONIK
- ELEKTRONIK
- PERCETAKAN
- PEMESIN AM & CNC
- POLIMER (MEKANIKAL PEMBUATAN)
- HAWA DINGIN
- KIMPALAN
INSEP (elaun bulanan rm1000)
- CNC TECHNOLOGY
- MOULD MAKING TECHNOLOGY
- PLASTIC PRODUCT & MOULD DESIGN
- ROBOTIC & AUTOMATION
- WELDING INSPECTION
- SMALL ENTREPRENEUR IN REFRIGERATION.
- SISTEM PENGURUSAN QUALITY AUTOMATIVE
- SMALL ENTREPRENEUR IN MACHINE SHOP BUSINESS
Thursday, May 14, 2009
Tanda-tanda akhir zaman.....
Hakikatnya manusia pada hari ini tidak lagi mencintai ilmu Islam. Mereka sangat malas untuk mempelajari dan mendalaminya. Setengah pihak menghalang orang lain dari mempelajarinya. Mesjid dan surau dirampas untuk memastikan agenda mereka berhasil. Kerja-kerja ini menyebabkan terhapusnya ilmu-ilmu Islam dan munculnya kejahilan seperti hadits diatas.Kesan dari itu amalan Islam hilang dalam masyarakat tersebut. Maka berlakulah zina secara tetrang dan banyaknya peminum arak. Paling ditakuti kejahilan ini menyebabkan mereka memilih pemimpin yang jahil juga.
Tuesday, May 12, 2009
Perkara yang hilang dalam umat Islam
HILANG NYA:
Keadilan dari pemimpin atau pemerintah dan juga kasih sayangnya.
Sifat berani daripada alim ulama juga kasih sayang dan nasihat nasihatnya serta sifat zuhudnya.
Sifat malu daripada kaum wanita
Sifat sabar daripada fakir miskin
Sifat pemurah daripada orang kaya
Sifat tawadhuk daripada golongan atasan
Ilmu pengetahuan daripada ahli ibadah
Sifat lemah lembut dan kebijaksanaan daripada pejuang Islam
Sifat bijakasana dan lemah lembut daripada para pendakwah
Rasa khusuk dalam solat
Sifat amanah daripada orang yang diberi tanggung jawab.
Perkara perkara yang hilang dari Umat Islam secara umum, antaranya ialah:
HILANG NYA:
Ilmu pengetahuan
Kepimpinan bertaraf empayar atau sejagat
Akhlak dan budi pekerti yang mulia
Ukhwah dan kasih sayang
Rasa sifat cemburu terhadap agama dan terhadap wanita
Perpaduan dan kesatuan Umat Islam
Rasa bertuhan atau rasa tauhid
Rasa cinta pada Akhirat
Rasa takut dengan Tuhan atau dosa
Rasa tawakal
Rasa qanaah
Sifat redha
Sifat sabar
Sifat betolak ansur
Persahabatan di kalangan kaum Muslimin
Sifat taat dan setia daripada pengikut terhadap pemimpin
Tamadun Islam
Undang undang perlembangaan Islam
Mengapa terjadi demikian? Umat Islam memandang kehilangan itu semua tidak merugikan.Kalau dapat pun mereka menganggap tidak menguntungkan apa apa.Begitu rosaknya jiwa dan cara berfikir Umat Islam pada hari ini.
Serah kepada rakyat pilih kerajaan di Perak - Suhakam
"Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat di Perak diberikan peluang untuk menggunakan hak mereka sekali lagi untuk memilih kerajaan pilihannya, iaitu hak asasi manusia," kata Pengerusi Suhakam Tan Sri Abu Talib Osman.
Hanya sebuah kerajaan yang stabil akan mampu memastikan hak untuk keamanan dan pembangunan, kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.
Tuesday, April 21, 2009
Krisis Politik Perak Makin Rumit...
gambar dari keratan Berita Harian 13/05/09
mari kita renung2 kan dari gambar yang dipaparkan itu dengan jelas menunjukkan
Krisis Politik Perak Makin Rumit... dan semakin lama semakin kusut. pada pendapat dan pandangan saya kenapa pihak mereka ini amat sukar untuk menerima Pembubaran DUN,adakah mereka takut dengan kekalahan teruk akan datang nanti. apakah yang dikatakan mereka menang majoriti??? 28 vs 28 +3. jadi PEMBUBARAN DUN adalah jalan yang terbaik untuk rakyat jelata di negeri Perak yg bertuah ini.
Wednesday, April 1, 2009
Program Komuniti Belia Daerah Manjung 2009
Tuesday, March 24, 2009
Farah Harni
Wednesday, March 18, 2009
Renungan Untuk semua Umat Islam......
MENGAPA MANUSIA SEMAKIN BERANI MENENTANG ALLAH SWT SECARA TERBUKA
Sejak akhir-akhir ini, para ulama sering menekankan keperihatinan dan kepekaan mereka mengenai telatah serta gelagat umat Islam, khususnya yang melibatkan gaya hidup yang semakin tersasar daripada landasan Islam yang sebenar. Ia dapat disingkap dalam aspek hiburan dan sukan yang keterlaluan serta disuburkan oleh kerajaan yang bertopengkan Islam.
Kecenderungan jiwa atau manusia kepada perkara jahat merupakan naluri dan lumrah, sebab itu Al-Quran mendedahkan bahawa penghuni neraka lebih ramai dari penghuni syurga. Kejahatan manusia menjangkau apa yang tidak dapat dicapai oleh pemikiran, kerana penentangan mereka bukan sekadar menolak kerasulan baginda Nabi Muhammad S.A.W, menolak Al-Quran, terlibat dalam rasuah, judi, merosakkan alam sekitar dan yang lebih parah lagi ialah menentang Allah dengan menghina hukum-hakamNya. Justeru itu, mari kita menyingkap pandangan ulama' berhubung beberapa faktor yang menyebabkan penentangan manusia terhadap Allah S.W.T
- Alpa atau lalai terhadap matlamat sebenar penciptaan manusia di muka bumi ini
- Iman yang amat lemah terhadap rukun-rukun iman yang enam
- Jahil mengenai Allah, suruhan dan laranganNya, pahala dan dosa serta syurga dan neraka
- Tidak waspada terhadap bisikan syaitan yang sentiasa mengajak untuk melakukan kejahatan
- Tertipu dengan habuan dunia hingga tidak mahu memohon ampunan dan taubat kepada Allah
- Berputus asa dari rahmat Allah (kasih sayang-Nya)
- Tidak mempercayai qada' dan qadar Allah malah mempertikaikannya
- Berbangga dengan maksiat dan tidak memperakui dosa besar yang dilakukannya
- Panjang cita-cita (banyak berangan-angan dalam perkara dunia)
- Berlebihan cinta kepada dunia hingga tidak menjalankan tugas utama sebagai manusia bernama Islam
- Tersungkur dengan mengikut hawa nafsu yang rosak
- Terlibat dengan perkara-perkara syubhat yang menjurus kepada kemurkaan Allah
- Ego dan sombong diri terhadap Allah, Rasul dan manusia seluruhnya
- Suka bergaul dengan ahli maksiat dan menolak untuk bersama golongan yang soleh
- Suka melakukan fitnah dalam masyarakat hingga memporak-perandakan hubungan sesama mereka
- Merosakkan gambaran Islam dengan penggunaan istilah yang menyalahi konsep Islam sebenar seperti melabelkan orang Islam seperti pengganas
- Meninggalkan tugas utama Amar Makruf Nahi Munkar
- Bergelumang dengan adat-adat yang menyalahi Syariat
- Menolak sumber ajaran Islam (Al-Quran dan As-Sunnah) sebaliknya terpengaruh dengan akal fikiran dan mempertuhankannya.
P/s : Dari Seorang Guru Yang Dihormati
Tuesday, February 10, 2009
Mengenangkan Sejarah Kita Dahulu
DALAM mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak hari ini bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara ‘keras kin’. Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk.
Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup.
Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.
Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.
Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.
Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.
Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO.”
Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB 1977.
Cuplikan kisah ini saya petik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut daRI blog beliau;
Cuplikan itu seperti mana berikut:
DEWAN SANATE
Setelah tamat perkhidamatan di MAsir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Sanat - senator. Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.
Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.
ARAB BERSATU
UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.
Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.
MENJADI PERUNDING
Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Saultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.
Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah. Pada satu malam beliau telah (berkata – MSO) kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.
MENGANGKAT SUMPAH
Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambon, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.
PARTI POLITIK
“ Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata saya kepada Baginda.
Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.
Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.
MENYIMPAN JANGGUT
Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.
Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun.”
Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.
BURUK SANGKA
Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.
Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Masir.
Kata Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduH demikian, kerana ada kilat dan silaunya, ‘kata dulang paku sepih’
Friday, February 6, 2009
Taiping Zoo
masa telah dirancang pukul 8.30 dari halaman rumah aku,maka kami pun menuju kedestinasi yang telah dirancang iaitu Zoo Taiping.aku,wife,shahrir dan wife dia berborak2 didalam kereta Iswara 1.3 putih bernombor pendaftaran AFN 5572 milik shahrir yang digelarnya "porshe".Baru aku tahu yang shahrir nie dah 17 tahun dah xjijak kaki ke zoo taiping.katanya "last aku gi zoo pada darjah tiga".
Thursday, January 22, 2009
HARI PERSANDINGAN AZUAN & LIENA
Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku